Saturday, September 14, 2019

Pembacaan Perlahan


Teknik Membaca: Pembacaan Perlahan
Kemahiran membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya. Membaca berbeza daripada mendengar kerana ia melibatkan kedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama kita akan menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran.
            Kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh pelajar. Kemahiran membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Oleh itu, kita sebagai pelajar perlulah mengetahui teknik membaca yang betul kerana kemahiran ini amat penting dalam suatu proses pembelajaran. Kemahiran membaca sangat penting untuk membolehkan kita mendapat maklumat, pengetahuan dan fakta mengenai sesuatu perkara. Salah satu teknik membaca ialah pembacaan perlahan. Pembacaan secara perlahan merujuk kepada bacaan Bacaan Intensif atau KWLH dan SQ3R.
            Bacaan intensif atau KWLH ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat terperinci. Bacaan intensif memerlukan penumpuan yang teliti terhadap bahan atau dokumen yang dibaca. Ketekunan dalam pembacaan juga mesti tinggi dan selalunya bacaan secara intensif ini mengambil masa yang lebih panjang untuk mendapatkan makna apa yang dibaca. Teknik ini sesuai bagi mengaktifkan pengetahuan pelajar.


            Teknik pembacaan KWLH juga dikatakan adalah suatu teknik membaca yang kritis kerana pelajar dapat meninjau apa yang sudah diketahui, apa yang akan diketahui, apa yang sudah dipelajari selepas membaca dan bagaimana perkara-perkara tambahan yang ingin diketahui dapat dipelajari.
            Selain itu, teknik membaca SQ3R adalah teknik yang amat berkesan untuk pembelajaran bahasa. Teknik membaca ini meminta pembaca membuat analisis mendalam tentang bahan yang dibaca. Tambahan itu, SQ3R merujuk kepada:
  •    S (Survey) – Mengkaji
  •    Q (Question) – Menyoal
  •    3R (Read) – Membaca
  •    3R (Recite) – Menyebut
  •    3R (Review) – Mengulas





            Kesimpulannya, kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca adalah lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Membaca dapat membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang.


NURFATIHAH BINTI SUHAIMI

No comments:

Post a Comment