Teknik
Membaca: Pembacaan Perlahan
Kemahiran membaca memerlukan seseorang
itu menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis kepada lambang-lambang
bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya. Membaca berbeza daripada
mendengar kerana ia melibatkan kedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara
serentak. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada
pertuturan dan pada masa yang sama kita akan menghuraikan pertuturan itu kepada
pemikiran.
Kemahiran
membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh pelajar. Kemahiran membaca yang
betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Oleh itu, kita
sebagai pelajar perlulah mengetahui teknik membaca yang betul kerana kemahiran
ini amat penting dalam suatu proses pembelajaran. Kemahiran membaca sangat
penting untuk membolehkan kita mendapat maklumat, pengetahuan dan fakta
mengenai sesuatu perkara. Salah satu teknik membaca ialah pembacaan perlahan.
Pembacaan secara perlahan merujuk kepada bacaan Bacaan Intensif atau KWLH dan
SQ3R.
Bacaan
intensif atau KWLH ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat
terperinci. Bacaan intensif memerlukan penumpuan yang teliti terhadap bahan
atau dokumen yang dibaca. Ketekunan dalam pembacaan juga mesti tinggi dan
selalunya bacaan secara intensif ini mengambil masa yang lebih panjang untuk
mendapatkan makna apa yang dibaca. Teknik ini sesuai bagi mengaktifkan
pengetahuan pelajar.
Teknik
pembacaan KWLH juga dikatakan adalah suatu teknik membaca yang kritis kerana
pelajar dapat meninjau apa yang sudah diketahui, apa yang akan diketahui, apa
yang sudah dipelajari selepas membaca dan bagaimana perkara-perkara tambahan
yang ingin diketahui dapat dipelajari.
Selain
itu, teknik membaca SQ3R adalah teknik yang amat berkesan untuk pembelajaran
bahasa. Teknik membaca ini meminta pembaca membuat analisis mendalam tentang
bahan yang dibaca. Tambahan itu, SQ3R merujuk kepada:
- S
(Survey) – Mengkaji
- Q
(Question) – Menyoal
- 3R
(Read) – Membaca
- 3R
(Recite) – Menyebut
- 3R
(Review) – Mengulas
Kesimpulannya,
kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca
adalah lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran
membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan
bertutur. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang
tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Membaca
dapat membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif
seseorang individu dalam pelbagai bidang.
NURFATIHAH BINTI SUHAIMI